Thursday 5 March 2015

SERAM! GANGGUAN/JIN BERSARANG PADA KERIS LAMA BERI KESAN PADA PEMILIK

06 Mac 2015

Kejadian sebenar berlaku di PJ.... Menempuh perjalanan yang sesak selepas solat Magrib tidak mematahkan semangat untuk membantu En H yang menghadapi gangguan saraf dan tidak boleh tidur malam. Apabila malam menjelma kehidupannya menjadi tidak tentu arah dan hilang punca. Dia sering bersendirian dan tidur di atas sofa di ruangan bawah rumahnya. Perlbagai gangguan datang, pelbagai perasaan yang dirasa. Akhirnya beliau menghubungi saya untuk mendapatkan rawatan. InsyaAllah. Segala kesembuhan adalah Milik Allah jua.  Setelah beliau dirawat Alhamdulillah gangguan tersebut hilang namun punca sebenar masih belum diketahui.  Saya ke rumah beliau dan menemui sesuatu ................



Kita tidak dapat menolak kewujudan makhluk halus ni.. Sebab dalam Al-Quran pun ada sebut tentang kewujudan mereka. Gangguan - gangguan makhluk ni tak dapat juga kita nafikan boleh mendatangkan kemudaratan. Alkisahnya..





Gangguan/jin yang bersarang pada keris lama itu menyebabkan En H sering diganggu pelbagai kejadian misteri.  Beliau percaya disebabkan senjata itu sekian lama terbiar menyebabkan jin yang me­ngawal keris. Kejadian pelik itu menguatkan lagi dakwaan beliau bahawa keris itu ada penunggunya. Macam-macam kelibat dilihat, termasuk wanita berpakaian serba putih berlegar di dalam rumah. Punca sebenar kenapa Jin boleh bersarang pada keris lama tu..berkemungkinan amalan orang yang memilikinya sebelum ni. Kita sedia maklum orang dulu - dulu kan suka sangat berdamping dengan benda - benda macam ni. Apapun amalan berdamping dengan Jin ni memang salah dari sisi Agama.. Namun pada zaman ni masih ramai yang mengamalkannya walau tahu salah & memudaratkan di kemudian hari. Sama - sama la kita ambil pengajaran supaya tidak terjebak dalam perkara - perkara seperti ni.

InsyaAllah moga usaha memagar rumah ini akan dilindungi oleh Allah. Amin.

1 comment:

  1. Sy agk berminat untuk menyertai jemaah bathamim, di mana ya?

    ReplyDelete