Tuesday, 24 March 2015

PETUNJUK DARI ALLAH

Assalammualaikum semua sahabat blog saya.

Cerita disihir puluhan tahun terus bersambung. Setelah pesakit dirawati keesokan harinya salah seorang ahli keluarga yg dah lama tak berkunjung secara mengejut tiba ke rumah pesakit. Pesakit kehairanan, saudaranya datang dengan peramah dan bertanyakan apa lauk yg dimasak tghari ni seperti tiada yg berlaku.

Namun saudaranya yg dtg tanpa diundang mungkin dapat merasakan sesuatu dan tak lama di rumah pasakit. Kerana pesakit telah dipagar.

Petunjuk dari Allah. Pada petangnya saudaranya datang sekali lagi, menyerang, membuat tomahan dan pelbagai perkara yg sebenarnya memalukan dirinya dan membuka pekong didada. Akhirnya dgn kekuasaan Allah yg Maha Mengetahui telah merungkai punca sihir puluhan tahun.

SUKA SAYA INGATKAN JAUHI DIRI DARI AKTIVITI SIHIR KERANA SUATU HARI NANTI PASTI ALLAH AKAN MEMBALASNYA DI DUNIA DAN JUGA DI AKHIRAT.

Wednesday, 18 March 2015

DISIHIR PULUHAN TAHUN

Assalammualaikum sahabat semua cerita minggu ini memang panas...... kes ini di Padang Jawa. Puan M terkena santau....


Selepas minum, belum sempat dirukyah beliau terus termuntah muntah bercampur darah. Beliau terus muntah dari mula rukyah hinggalah bismillah 7. Barulah muntahnya berhenti. Alhamdulillah.


MAKHLUK HALUS DALAM RUMAH MEMBALAS DENDAM

Susulan pagar rumah di rumah puan I tanpa di sangka sangka penghuni makhluk halus di rumah tersebut telah membalas dendam pada keluarga Makcik J.

Malangnya saya tak dapat memberi buku amalam bathamin pada pn I. Mereka yg telah diberi sempat membaca amalan tersebut. Akibatnya pn I telah di serang oleh gangguan tsb dan tak sedarkan diri di restoran pekeliling.

Saya telah dipanggil utk membantu. Setelah saya tiba didapati sintom serangan sama dengan ibunya makcik J. Badannya terlalu lemah. Alhamdulillah rawatan dipermudahkan Allah. Beliau sedar sambil membesarkan mata. Saya tanya kenapa mata terkebil kebil. Katanya dia hanya nampak cahaya putih. Setelah itu baru beliau benarx sedar.

Abangnya A sempat bertanya... awak dari pusat rawatan ........... ke?   Saya jelaskan saya dari Pusat Rawatan Islam  Benteng Mukmin. Beliau berminat dan mohon pencerahan. Beliau amat terkejut bila saya menyebut sehingga 2013 jemaah Bathamim seramai.400K. Saya jelaskan sebab apa berlaku... kerana Bathamin sebagai alat utk gerakan dakwah, matlamat dan tujuan sebenar untuk akhirat. Amalan adalah hanya kerana Allah utk menjadikan diri kita sebagai org islam yang beriman. Bathamim nak lahirkan setiap keluarga seorang perawat. Syaitan adalah musuh sebenar.

INSYAALLAH maklum balas yg diterima mungkin adik beradik beliau akan ambil amalan ini. Amin ya Allah.

MEMAGAR RUMAH

Assalammualaikum kepada pengunjung blog ini.

Kisah semalam makcik J tidak habis disitu. Saya di minta bantu memagar rumah beliau oleh Pn I pd keesokan hari.

Keadaan dirumah berbahang, anak makcik J yg OKU menunjuk kearah bilik tidur makcik J. Saya membalas dgn senyuman.

Rukyah pd air pon bermula..... tanpa disangka kejadian aneh berlaku.... pertempuran dengan penghuni mahluk halus bermula. Pelbagai serangan dari setiap sudut dapat dirasakan. Alhamdulillah setelah bacaan ayat Al Quran di kuatkan dan dgn sekali hentakan bersama laungan Allahu Akbar. Semua serangan terhenti secara tibax. Tapi malangnya Puan I mengiggil. Saya menyuruh beliau ambil wuduk. Alhamdulillah semuanya berakhir.

Allah permudahkan usaha memagar rumah pn I. Pagar dari dalam dan luar. Keadaan dalam rumah kembali sejuk dan tenang. Alhamdulillah.

Monday, 16 March 2015

KESAN GANGGUAN DI TAPAK RUMAH

Assalammualaikum..... semalam terpanggil untuk memberi bantuan di Hospital Kuala Lumpur.

Setelah dirukyah punca Mak Cik J di masukkan ke Ins Kajisaraf di HKL adalah berpunca dari gangguan yang disyaki di tapak rumah.

10 JENIS RUMAH YANG JIN SUKA TINGGAL DIDALAMNYA

 1. Rumah yang secara tidak kita sedari telah didirikan diatas tempat tinggal Jin. Jin sangat suka kawasan bumi yang ada mata air. Mata air yang disukai oleh jin ialah mata air yang tidak pernah kering  walau pun pada musim kemarau.
Maka rumah yang didirikan diatas tapak seperti ini, akan menjadi tempat tinggal jin.  
Oleh sebab itu berhati-hatilah memilih tapak rumah. Jika terdapat mata air, terlebih dahulu bertanyalah kepada seseorang yang arif mengenainya.

2. Rumah yang didirikan diatas kawasan kubur. Tidak kira kubur itu kubur lama atau baru. Tidak kira walaupun disitu hanya ditanam satu mayat sahaja. Atau mungkin disitu dulu pernah menjadi tapak pembunuhan atau ada orang mati terbunuh disitu, atau pernah ada mayat dibuang disitu dan sebagainya.
Jin suka berkumpul dikawasan perkuburan, atau tempat dimana pernah terdapat orang mati disitu, atau orang mati dibunuh disitu, atau orang mati ditanam disitu, atau mayat orang dibuang disitu atau pernah dibuang cebisan-cebisan tubuh dan tulang-tulang manusia disitu.
Jika kita mendirikan rumah ditas tapak seperti itu, maka jin-jin akan secara automatik turut mendiami rumah kita. Akibatnya mereka akan menimbulkan masalah besar kepada kita.
Oleh itu berhati-hatilah memilih tapak rumah. Jangan sampai terkena tapak-tapak yang seperti itu. Jika kita telah mengenal pasti memang ada kubur lama atau tulang-tulang manusia disitu, hendaklah “dibersihkannya” terlebih dahulu. Mintalah khidmat nasihat orang yang arif mengenainya.

3. Rumah yang didirikan diatas tapak yang dahulunya pernah menjadi tempat “pembuangan” jin-jin disiitu. Ini termasuk pembuangan oleh bomoh atau pawang ketika melakukan rawatan kepda pesakit yang “tersampuk jin” atau melakukan upacara seperti contohnya “membuang saka” , “membuang sihir”, “membuang hantu”, “membuang toyol”, “membuang pelesit”, “membuang polong”, “membuang hantu raya”  dan sebagainya.
Jika kita mendirikan rumah ditas tapak seperti ini, maka jin-jin yang “dibuang” itu akan turut mendiami rumah kita dan akan menimbulkan masalah besar kepada kita.
Atau misalnya sesuatu kwasan itu merupakan kawasan hutan yang menjadi tempat tinggal jin atau tempat pembuangan jin, kemudian pada satu masa ia dibangunkan pula untuk menjadi kawasan perumahan, maka jin-jin akan turut mendiami mana-mana rumah yang disuskainya.
Biasanya apabila kita berpindah ke kawasan perumahan seperti itu, pada awalnya tidak mengalami apa-apa ganguan. Tetapa lama kelamaan mereka akan menggangu kita, lebih-lebih lagi bagi rumah yang tidak didirikan solat, sepi dari Azan dan Iqomah, sepi dari bacaan ayat-ayat suci al-Quran, sepi dari zikir, tasbih, tahmid, solawat dan sebagainya.

4. Rumah yang didalamnya menyimpan tangkal sihir atau objek sihir atau tangkal azimat, seperti contohnya: “tangkal penunggu rumah”, “tangkal pagar rumah”, “tangkal pendinding” dan sebagainya. Keris lama “yang berpenunggu” juga termasuk dalam kategori objek atau tangkal sihir yang berpenunggu jin. Semua itu adalah merupakan cabang ilmu sihir yang disebaliknya pasti ada jin-jin sihir yang digunakan untuk melaksanakan tuntutan ilmu sihir tersebut. Jadi, apakah jin-jin itu duduk ditangkal sentiasa ?.  Jawabnya: tentu tidak. Pastinya jin-jin itu akan berkeliaran didalam rumah dan diluar, juga boleh jadi mengikut tuannya kemana-mana pergi. Banyak kes dimana jin-jin sihir akan menggangu anak cucu dan keluarga lantaran tuannya tidak memenuhi syarat-syarat tertentu umpamanya disyaratkan kena mengasap kemenyan, mengadakan  sajian tertentu, membuang ancak ke sungai dan lain-lain.
Oleh itu jangan sekali-kali terpedaya dengan tuntutan nafsu ingin memiliki “kuasa ghaib” (‘super natural power”) melalui cara yang salah ini, semata-mata supaya dikenali orang sebagai “bomoh”, “pawang”, “mahaguru silat” atau ingin mudah mencari pendapatan atau ingin membalas dendam atau lain-lain.
Harus diingat bahawa tangkal azimat tidak dapat mendatangkan apa-apa manfaat atau mudharat kecuali dengan izin Allah. Sekali kita telah mengambilnya, bermakna kita telah mengikat janji dengan jin , syaitan dan iblis untuk melaksanakan kerja-kerja sesat melalui sihir yang jahat dan terlaknat.

5. Rumah yang didiami oleh orang yang memiliki jin yang dipusakai turun temurun (biasa disebut      “saka” lebih releven jika disebut "jin saka").  Ini termasuk orang yang tidak mengetahui dirinya ada memiliki “jin saka” ,kerana “jin saka” akan memilih sesiapa sahaja daripada  keturunan keluarga tuannya yang disukainya.
Jika “jin-jin saka “itu lebih dari seekor dan dari yang jenis membiak seperti manusia, maka semakin lama jin-jin itu akan beranak pinak dan akan bertambah ramai. Maka tidak mustahil sebahagiannya akan keluar dari tubuh seseorang dan mendiami rumah, berkeliaran diluar rumah atau akhirnya berkeliaran ke tempat-tempat lain. Para pengamal perubatan traditional menyatakan “mengeluarkan” jin saka dari dalam badan manusia adalah suatu kerja yang sangat susah. Perlu dilakukan mengikut banyak kaedah dan teknik serta tektik yang bijaksana. Walau bagaimana pun, dengan izin Allah, dengan pertolongan Allah dan dengan berkat keyakinan aqidah yang tinggi ianya boleh dilakukan lebih-lebih lagi jika secara berjamaah.

6. Rumah yang didalamnya berlaku berbagai fahsya dan mungkar, seperti, syirik, fasik, meninggalkan solat, meninggalkan puasa, makan harta anak yatim, berzina, berjudi, minum arak, membunuh, menganiaya manusia atau bintang, memuja syaitan, main muzik yang melampau, menyimpan arak, menyimpan patung-patung idola (pujaan), gambar-gambar idola (pujaan), memain atau menyimpan alat-alat muzik kebudayaan yang “ada penunggu”, dan lain-lain.
Jin-jin, syaitan dan iblis sangat suka kepada benda-benda tersebut. Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah seperti ini. Maka rumah seperti ini sangat disukai jin, syaitan dan iblis dan akan menjadi tempat tinggal jin-jin.

7. Rumah yang dibina ditas tapak yang menjadi “tempat laluan jin” yang keluar masuk daripada alam jin ke alam manusia atau sebaliknya, atau dari tempat lain menuju ke sesuatu tempat kerana ada tugas yang hendak didlaksanakan.  Ini ialah kerana ramai manusia yang bersahabat dengan jin dan berintraksi dengan jin untuk meminta tolong kepada jin-jin. Maka jin-jin akan menjadikan rumah itu sebagai tempat persinggahan atau “pusat pertemuan” atau sebagai “gerbang”atau “medium” laluan bagi pergerakan aktiviti mereka. Contohnya apabila seseorang yang diktakan mempunyai kebolehan  biasa pergi ke tempat perkampungan jin (orang bunian?), dia hanya akan pergi ke suatu tempat tertentu yang telah ditandakan, maka apabila dia sampai ke tempat itu dia hanya melangkah masuk, maka tiba-tiba dia akan berada dalam perkampungan jin (orang bunian?).
Mungkin “gerbang” itu dahulunya berada dalam kawasan hutan. Maka apabila telah dibangunkan oleh manusia mungkin “gerbang” itu sekarang, misalnya telah ditanam dengan pokok landskap buluh renik. Maka untuk masuk ke dalam alam jin itu seseorang hanya perlu membaca sesuatu mentera kemudian melangkan masuk ke dalam rimbunan buluh renik tersebut. Maka jika kawasan seperti ini dibina rumah diatasnya, maka rumah berkenaan juga akan menjadi tempat laluan jin-jin atau “gerbang” atau “medium”,atau menjadikan rumah itu markas mereka.
Rumah seperti ini biasanya kelihatan “menyeramkan” jika kita menghampirinya atau memasukinya.

8. Rumah yang telah disihir, iaitu rumah yang telah diletakkan atau ditanamkan dibawahnya sesuatu objek sihir oleh manusia yang berniat jahat. Selagi ada objek itu, maka jin sihir akan berada di rumah itu untuk melakukan gangguan sihir seperti yang dikehendaki oleh si penyihir. Pernah seseorng terpaksa mengorek tanah dihadapan rumahnya seluas 10 kaki persegi dan dalam 5 kaki kerana menurut pakar ilmu pengubatan sihir, penyihir telah menyimbahkan air dan menaburkan pasir sihir yang banyak disitu  dan air sihir itu mungkin  telah meresap masuk ke dalam tanah. Apabila dilakukan kerja membuang tanah tersebut, barulah sihir tersebut dapat dibinasakan.

9. Rumah yang penghuninya ada mengamalkan ilmu sihir atau cabang ilmu sihir seperti ”ilmu guna-guna”, “ilmu pengasih”, “ilmu pembenci”,  “ilmu pemanis”,  “ilmu awet cantik & muda”, “ilmu pelaris”, “susuk” dan lain-lain. Maka rumah seperti ini akan didiami oleh jin-jin sihir.
Biasanya orang yang baru menuntut ilmu sihir, dia akan membawa pulang ke rumahnya seekor atau mungkin banyak jin-jin sihir. Maka menjadilah jin atau jin-jin itu kawan rapatnya semasa jaga dan juga semasa tidur. Maka celakalah orang seperti ini kerana memilih jalan sesat yang dilaknat Allah hingga ke hari Akhirat. Kemudian jin atau jin-jin itu akan kekal setia dengannya dan akan terus setia kepada keturunannya hingga ke cucu cicit serta jenerasinya yang akan datang. Mungkin inilah caranya jin “saka” bermula. 

10. Rumah yang dimasuki oleh “jin liar” dengan cara mengikut seseorang semasa pulang ke rumah. Biasa terjadi seseorang yang pergi ke sesuatu tempat, kemudian “jin liar” mengikutnya kemana-mana dia pergi dan turut sama pulang ke rumah tanpa disedarinya. Ini mungkin disebabkan “jin liar” itu telah memilihnya kerana orang itu tidak memiliki sesuatu apa pun sebagai “pelindung, perisai atau penghalang”. Maka jin tersebut terus mengikutnya pulang dan tinggal bersama-samanya di rumah.

MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA ALLAH

Dalam amalan Islam, kita dituntut untuk sentiasa meminta perlindungan Allah daripada jin, iblis dan syaitan sebelum kita keluar rumah. Contohnya Rsulullah menyarankan kita membaca “ta’uz” :  
أَعُوْذُ بِا للهِ مِنَ الشَّيْطَا نِ الرَّجِيْم
(Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang direjam),

atau membaca :
اَللّهُمَّ إنِّي أعُوْذُبِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيطِيْنِ وَ أعُوْذُبِكَ رَبِّيْ عَنْ يَحْضُرُوْن
(Ya Allah , aku berlindung dengan Mu daripada gangguan Syaitan dan aku berlindung dengan Mu ya Robbi, daripada kehadiran mereka) sebelum kita mendirikan solat atau mengerjakan sesuatu ibadah,
Atau membaca ;
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ
(Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Mu yang sempurna dari segala kejahatan makhluk yang telah Dia cipta), untuk mohon perisai pertahanan diri daripada gangguan makhluk-makhluk jahat atau membaca Basmallah  (11 kali atau seelok-eloknya 21 kali) atau membaca Fatihah dan 3 Qul, atau membaca ayat Kursi;

Sila lihat khasiat & fadhilat Ayat Kursi pada link ini:

اللهُ لآ اِلهَ اِلّا هُوَ الحَيُّ القَيُّوْمُ لَا تَأ خُذُهُ سِنَةٌ وَ لَانَوْمٌ،
لَهُ مَا فِي السَّمَوتِ وَما فِي الاَرْضِ،
مَنْ ذَالَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ اِلَّا بِاِ ذْنِهِ،
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِ يْهِمْ وَمَاخَلْفَهُمْ
وَ لَا يُحِيْطُوْنَ بِشَيٍءٍ مِنْ عِلْمِه اِلَّا بِمَا شَآءَ
 وِسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّموَاتِ وَالاَرْضَ
وَلَا يَئُوْدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيْم
dan banyak lagi do’a-do’a yang ma’thur daripada Rasulullah s.a.w. yang boleh kita amalkan. Perisai atau pertahanan diri yang paling bagus ialah bertaqwa dan beramal soleh, dengan sentiasa mengerjakan amal-amal yang wajib, yang sunat dan yang khusus untuk memohon perlindungan Allah daripada gangguan jin, iblis, syaitan dan makhluk-makhluk jahat serta tidak melakukan segala perkara yang dilarang oleh Allah.

ALLAH AKAN MEGADAKAN SYAITAN “QORIN” KEPADA ORANG YANG ENGKAR…

Allah berfirman dalam Surah Az-Zuhruf ayat 36;
وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الَّرَّ حْمنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِيْنٌ
Yang bermaksud: “ Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Ar-Rahman, kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkan) lalu menjdilah ia “Qorin” (iaitu teman rapat, yang tidak renggang daripadanya)”
dan ayat 37;
وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّوْنَهُمْ عَنِ السَّبِيْلِ وَيَحْسَبُوْنَ أَنَّهٌمْ مُّهْتَدُوْنَ
Yang bermaksud: “ Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menyekat menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka adalah orang-orang yang mendapat hidayah  “.
Dan ayat 38 ;
حَتّى إذَاجَاءَنَاقَالَ يلَيْتَ بَيْنِى وَبَيْنَكَ بُعْدَ الْمَشْرِقَيِنِ فَبِئْسَ الْقَرِيْنُ
Yang bermaksud: “  sehingga apabila ia (orang yang telah disesatkan itu) datang kepada Kami (Allah) (pada hari kiamat), berkatalah ia: “alangkah baiknya (kalau didunia dulu ada pemisahan) diantara aku denganmu sejauh timur dan barat ! kerana (engkau) adalah sejahat-jahat  (syaitan) Qorin  “. 

Thursday, 5 March 2015

SERAM! GANGGUAN/JIN BERSARANG PADA KERIS LAMA BERI KESAN PADA PEMILIK

06 Mac 2015

Kejadian sebenar berlaku di PJ.... Menempuh perjalanan yang sesak selepas solat Magrib tidak mematahkan semangat untuk membantu En H yang menghadapi gangguan saraf dan tidak boleh tidur malam. Apabila malam menjelma kehidupannya menjadi tidak tentu arah dan hilang punca. Dia sering bersendirian dan tidur di atas sofa di ruangan bawah rumahnya. Perlbagai gangguan datang, pelbagai perasaan yang dirasa. Akhirnya beliau menghubungi saya untuk mendapatkan rawatan. InsyaAllah. Segala kesembuhan adalah Milik Allah jua.  Setelah beliau dirawat Alhamdulillah gangguan tersebut hilang namun punca sebenar masih belum diketahui.  Saya ke rumah beliau dan menemui sesuatu ................



Kita tidak dapat menolak kewujudan makhluk halus ni.. Sebab dalam Al-Quran pun ada sebut tentang kewujudan mereka. Gangguan - gangguan makhluk ni tak dapat juga kita nafikan boleh mendatangkan kemudaratan. Alkisahnya..





Gangguan/jin yang bersarang pada keris lama itu menyebabkan En H sering diganggu pelbagai kejadian misteri.  Beliau percaya disebabkan senjata itu sekian lama terbiar menyebabkan jin yang me­ngawal keris. Kejadian pelik itu menguatkan lagi dakwaan beliau bahawa keris itu ada penunggunya. Macam-macam kelibat dilihat, termasuk wanita berpakaian serba putih berlegar di dalam rumah. Punca sebenar kenapa Jin boleh bersarang pada keris lama tu..berkemungkinan amalan orang yang memilikinya sebelum ni. Kita sedia maklum orang dulu - dulu kan suka sangat berdamping dengan benda - benda macam ni. Apapun amalan berdamping dengan Jin ni memang salah dari sisi Agama.. Namun pada zaman ni masih ramai yang mengamalkannya walau tahu salah & memudaratkan di kemudian hari. Sama - sama la kita ambil pengajaran supaya tidak terjebak dalam perkara - perkara seperti ni.

InsyaAllah moga usaha memagar rumah ini akan dilindungi oleh Allah. Amin.

Monday, 2 March 2015

RAWATAN ALTENATIF - AIR CONCENTRATE MINERAL DROPS (CMD)


Apa itu..CONCENTRACE MINERAL DROPS (CMD) BY RICHVELL
AIR AJAIB!
AIR TENAGA!
AIR BIO-ELEKTRIK!

20 TAHUN DI PASARAN MALAYSIA
46 TAHUN DI PASARAN ANTARABANGSA
25 BUAH NEGARA MEMASARKANNYA

4 FUNGSI UTAMA
ANTIOKSIDA
IMMUNITI
DETOKSIFIKASI
REGENERASI SEL


Concentrace Mineral Drops meningkatkan PH alkali badan anda:

1. Menyediakan trace mineral lengkap untuk keperluan badan anda dengan lebih 260mg Magnesium bagi setiap 20 titis.
2. Meningkatkan PH badan dengan meneutralkan lebihan asid di dalam cecair badan dan tisu, menukarkannya menjadi garam dan kemudiannya memboloskan garam itu keluar daripada badan melalui air kencing.
3. Membantu menyerap nutrien dalam makanan dan mengalkali PH badan.
4. Mengubah struktur molekul air untuk memaksimumkan kuasa menghidratkan dan menembusi setiap sel dalam badan anda.
5. Menjadikan air rasa lebih menyegarkan, rasa sedikit manis dan bermineral.

CMD bukan calang-calang produk dan bukan macam produk yang berlambak kat pasaran. Air kedua terbaik selepas air zam2. Air zam2 99 mineral, yg ni 72 mineral. Dua2 beralkali. InsyaAllah semua penyakit dari baby sampai la ke orang tua.. Dengan izin Allah, boleh kita ubati dan cegah.
Concentrate Mineral Drops – Titisan air dari Mata Air Great Salk Lake.

* Tasik ni berada 1000KM jauh dari bandar.. Tiada pencemaran, di kelilingi gunung. Air hanya masuk tapi tak mengalir keluar. Begitu hebat ciptaan Allah.



*Air dari tasik ini lah yang berkhasiat untuk kita gunakan dan amalkan dalam kehidupan seharian kerana ianya kaya dengan mineral makro dan mikro yang pekat. Air tasik ini diekstrak dan disejat secara solar dan ditapis dan di pasteur secara semulajadi.
LUARAN:

Untuk masalah rabun: Titis kat mata atau campurkan dlm ubat mata atau dgn air

Untuk kecantikan kulit: Sapu atau semburkan air campuran CMD kat muka

Untuk masalah pendengaran: Titis kat lubang telinga atau campur dgn ubat telinga

Untuk memutihkan dan kesihatan gigi: Campurkan CMD dengan ubat gigi.

Untuk masalah rambut: Campurkan CMD dengan syampoo atau minyak rambut.

Untuk masalah resdung: Titis CMD kat lubang hidung.


SIAPA YANG MEMERLUKAN CONCENTRATED MINERAL DROPS CMD REVELL?
  • Kanak-kanak kecil
  • Ibu hamil dan menyusui
  • Anak-anak dan remaja yang sedang tumbuh sangat aktif
  • Orang dewasa yang sibuk dan stress dalam Pekerjaan / Kehidupannya
  • Para Atlit / Olahragawan
  • Orang tua yang mengalami kekurangan Mineral
  • Orang sihat yang tidak mau sakit
  • Orang Sakit yang ingin sihat
  • Pergantungan dengan Dadah (Narkotik dan Dadah atau bahan Berbahaya)